setting

PR0$aCKSBLoG$: Latest Samsung Mobile Review: Samsung Galaxy W and Y

Latest Samsung Mobile Review: Samsung Galaxy W and Y

Seperti mana yang dijanjikan pada minggu lepas tentang update terbaru Samsung Mobile, Kali ini kita akan berkongsi serba sedikit review tentang Mobilephone terbaru daripada Samsung.

Untuk pengetahuan anda semua, model Samsung Galaxy Mini telah diberhentikan dan model baru yang setara dan lebih baik telah dikeluarkan oleh syarikat gergasi Korea ini. Model baru ini adalah model Samsung Galaxy Y. Jom kita lihat spesifikasi phone ini.

Samsung Galaxy Y(young)
  • OS: Android™ v2.3.5 (Gingerbread)
  • Processor: 832 MHz
  • Memory: 160MB(Built-in)
  • 3.0" TFT touch screen
  • Display: 262 K Color TFT Full-Touch
  • Camera:2.0 Mega-pixel
  • Warna: Hitam, Putih, Grey, Jingga dan Pink
  • Harga: RM 499
Selepas itu, jom kita bandingkan dengan model ni:

Samsung Galaxy Ace
  • OS: Android v2.2.1(Froyo)
  • Processor: 800 MHz
  • Memory: 150MB + inbox 2GB
  • 5MP camera dengan flash
  • Color: Hitam dan Putih
  • Harga: RM 799
  Samsung Galaxy Mini
  • OS: Android v2.2.1(Froyo)
  • Processor: 600 MHz
  • Resolution: 240 x 320 pixel
  • 3MP camera
  • Memory: 160MB(Built-in)
  • Color: Hitam, Putih, Hijau, Pink, dan Jingga
  • Harga: RM 499
Jadi, apa yang dapat anda semua lihat perbandingan antara model baru tersebut dengan 2 model sebelum ini? OS adalah perkara biasa memandangkan Samsung Galaxy Y merupakan model baru. Tapi Processor nya adalah lebih tinggi walaupun nak dibandingkan dengan ACE tetapi harganya setara sahaja dengan Samsun Galaxy Mini. Ini amatlah tidak adil bagi mereka yang telah memiliki Samsung Mini (spt. aku).

Namun dalam kesemua kelebihan yang ada, terdapat satu je kekurangan yang ada dalam Samsung Galaxy Y, Camera nya iaitu hanya 2.0 MP. Nasib lah yang camera tu. Sesetengah daripada kita ada yang tak suka bergambar dan memiliki camera digital yang jauh lebih puas hati.

Ok, akhir sekali, jom kita lihat 1 lagi model baru daripada Samsung iaitu Galaxy W(wonder).

Untuk model ini, masih tak banyak review daripada website lain tentang model ini termasuklah gambarnya memandangkan ianya masih belum di publish lagi dalam website official Samsung. So, aku terpaksa membuat gambar sendiri untuk postkan ke sini berdasarkan outlet yang dikeluarkan daripada Samsung.
Samsung Galaxy W(Wonder)
  • OS: Android™ v2.3.5 (Gingerbread)
  • Processor: 1.4 GHz
  • Memory: 512MB(Built-in)
  • 3.7" TFT touch screen
  • Display: 16M Color TFT Full-Touch
  • Camera:5.0 Mega-pixel dengan LED flash
  • Warna: Hitam dan Putih
  • Harga: RM 999
Kalau anda semua perasan, harga model ini sama dengan harga asal Samsung Galaxy Ace pada awal pengeluarannya. Jadi confirm-confirm lah model ini boleh di buat perbandingan dengan Ace yang sebelum ini kan?? Ke nak cuba bandingkan denga Samsung Galaxy S??Korang boleh lah cuba-cuba review sendiri erk.

Model ini kebanyakan featuresnya lebih kurang sama dengan Samsung Galaxy Ace kecuali processornye 2 kali ganda lebih laju daripada ACE(800MHz) iaitu 1.4 Ghz. Kiranya boleh tahan lajunya. Hampir sama dengan sebuah notebook(1.6 Ghz) biasa. Dan kalau tak silap lebih laju daripada Galaxy S(1.0 GHz) dan Galaxy S II(1.2 GHz).  Memang agak menyakitkan hati juga bagi mereka yang memiliki model Galaxy S ini kan??Dan kalau tak silap Samsung juga telah keluarkan model terbaru untuk Galaxy S iaitu Samsung Galaxy S plus(1.4GHz) dan Samsung Galaxy S II Lite(masih belum ada update terbaru lagi). Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sajalah.



Aku rasa setakat ini dulu sedikit sebanyak info yang boleh dikongsikan bersama. Nanti kalau aku ada masa, aku akan cuba buat perbandingan model W ini dengan model-model yang setara harganya. Dan mungkin aku akan bagi sedikit sebanyak hint bagaimana untuk memilih handphone di lain masa.

Until then.......^_^

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Copyright © PR0$aCKSBLoG$ MiNH Solution