setting

PR0$aCKSBLoG$: Macam mana nak buat website???

Macam mana nak buat website???


Setelah sekian lama mendiamkan diri kerana kesibukan selaku seorang siswa dan seorang rakan partner dalam membuat projek design website. Hari ini baru berkesempatan untuk post info.
Ok, kali ini kita akan berkongsi sedikit sebanyak tentang macam mana cara nak buat website sendiri. Kebelakangan ini agak banyak permintaan daripada sahabat-sahabat untuk mengetahui pasal benda ini. So, kita akan berkongsi sedikit sebanyak setakat yang mampu memandangkan aku pun bukan seorang yang mempelajari secara mendalam dalam bidang ini.
Sekadar seorang penuntut di Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia yang mengambil bidang Fizik, Matematik dan pendidikan yang belajar sedikit sebanyak ilmu luar tentang coding, HTML, CSS, xML, FLash dan Javascript. Kemudiannya diberi peluang untuk memiliki website sendiri untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari.


Apa yang perlu ada???
Secara mudahnya, ada 2 perkara sahaja yang anda perlu ada untuk menunjukkan yang korang ada website sendiri. Yang pertama adalah Website Domain Name dan yang kedua adalah Website Hosting. Itu sahaja sebenarnya. Mudah kan???

Apa itu website domain name???
Website Domain Name merupakan satu label yang menunjukkan kamu mempunyai admin authoriti ke atas sesuatu nama dalam internet. Dengan kata ringkasnya adalah kamu memiliki nama url kamu sendiri yang mana hanya kamu dapat mengawalnya di internet. Domain Name merupakan hostnames yang di identifu di Internet Protocal (IP) sebagai website.


Apa itu website hosting???
Website Hosting Service merupakan sejenis Internet Hosting Service yang membolehkan seseorang atau sesuatu organizasi membuat websitenya boleh di access melalui World Wide Web. Secara ringkasnya Web Host membekalkan space pada seseorang untuk menyimpan data.

Kebanyakan daripada kita biasanya membeli domain dahulu. Katanya untuk mengelakkan orang lain ambil. Lagipun domain biasanya dibayar dengan harga RM30-60/tahun. Bagi aku, aku lebih prefer beli sebaliknya, iaitu beli hosting. Sebab apa???Sebabnya, kebanyakan pembekal-pembekal webhosting, boleh menyediakan domain sekaligus semasa pembelian webhosting. Kalau  korang perasan, ianya lebih jimat dan korang boleh terus memiliki satu website yang complete.
Mungkin korang menghadapi sedikit kesulitan dalam memilih nama domain, tapi ianya bukanlah masalah yang besar. Sebab, selepas korang dah dapat domain dan hosting. Korang boleh terus hidupkan website korang. Berbanding dengan membeli domain dan hulu dan kemudiannya memasukkannya ke dalam domain. Process ini lebih memakan masa. Apa yang paling tak syok adalah, kebiasaannya, process memasukkan domain kedalam hosting kemungkinan di kenakan cas tambahan. Yang paling tak best lagi, kalau korang beli website domain dengan website hosting pada jurang masa yang agak lama, korang terpaksa r bayar berasingan dahulu untuk synchronize balik website dan domain korang.

Beli nama domain dan website hosting dimana???
Terdapat banyak website yang menawarkan domain name dan website hosting sekarang ini. Hanya dengan mencarinya di carian gelintar, korang dapat mencari website-website sedemikian.

Apa yang disarankan???
Bagi aku, kebanyakan website tersebut secara kasarnya tiada beza sangat pun. Yang berbeza cumalah promosi dan GUI semasa pendaftaran. Sistem hosting kebanyakannya lebih kurang sama sahaja. Namun apa yang boleh saya sarankan adalah beberapa website seperti dibawah:-
International:
Malaysia:
  • dataKL - RM 80.00 - RM 145.00
  • exabyte => RM 99.00 - RM 139.00
  • tapakweb => RM 80.00- RM 250.00
Untuk huraian lanjut tentang website hosting tersebut, insyallah aku akan huraikan dengan lebih lanjut bila berkelapangan nanti. Korang bolehlah jenguk-jenguk dulu untuk mengetahui secara kasar pakej-pakej yang ditawarkan.
Bagi mereka yang berminat
Bagi mereka yang betul-betul berminat dan inginkan pertolongan, korang boleh tinggalkan jejak di sini. Lagipun sekarang ini pun aku ada la terlibat sedikit sebanyak dengan benda-benda ini.
Tapi sebenarnya kitorang lebih kepada website designing. So, kalau ada yang memerlukan service kami terutama dalam website designing boleh terus mesej ke nombor telefon aku di 017-4024686(hayat a.k.a prosacks) atau partner aku 0123260064(Jazz).

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Copyright © PR0$aCKSBLoG$ MiNH Solution