setting

PR0$aCKSBLoG$: Bersedia untuk Ice Cream Sandwich!

Bersedia untuk Ice Cream Sandwich!

 Macam pedang bengkok

Oh..bukan Sandwich Aiskrim itu..apa yang dimaksudkan ialah, Samsung bakal menerbitkan sebuah lagi telefon pintar Nexus. Seperti mana yang anda mungkin sudah maklum, saban tahun apabila Google menerbitkan versi Android OS yang terbaru, Google akan bekerjasama dengan Pembuat telefon pintar yang menyertai Open Handset Alliance (contohnya, HTC dan Samsung) untuk membina satu telefon pintar yang tidak mempunyai sebarang perisian luar (contohnya Samsung TouchWiz atau HTC Sense), melainkan perisian asal Google untuk Android OS.

Beberapa hari lagi, Samsung bakal mengumumkan telefon pintar Nexus yang akan mempunyai Android OS versi terbaru iaitu Ice Cream Sandwich (mungkin versi 4.0), apa yang menariknya, Android versi terbaru ini akhirnya bakal menggabungkan fungsi Gingerbread (2.3.x) dan Honeycomb (3.x). Ini bermakna, masalah software fragmentation antara Telefon pintar dan tablet yang dijana dengan Android OS akhirnya dapat diselesaikan. Pada masa akan datang, telefon pintar dan tablet Android OS akan mempunyai platform yang sama, tidak seperti sekarang ini.

Khabar angin (bersumber dari GSMarena) mengatakan bahawa ini mungkin merupakan spesifikasi telefon pintar keluaran Samsung tersebut, yang mungkin dinamakan sebagai Samsung Galaxy Nexus:

  • Cip pemproses : 1.5Ghz, dual-core
  • RAM : 1GB
  • Cip pemproses grafik : PowerVR SGX543MP2 (GPU yang sama dipasang di dalam iPad 2 dan iPhone 4s)
  • Skrin : 720p (1280x720), Super AMOLED, 4.65 inci
  • Bateri : 2050mAh
  • Keupayaan kamera : 8mp, merekod video dengan resolusi 1080p

Apa-apapun, spesifikasi ini masih merupakan khabar angin. Sama-samalah kita menantikan saat kemunculan telefon terbitan Samsung dan Google ini.
-Syah Indra-


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Copyright © PR0$aCKSBLoG$ MiNH Solution