setting

PR0$aCKSBLoG$: Samsung Galaxy 4 & 5 : Gadget Pintar Tanpa Fungsi Telefon

Samsung Galaxy 4 & 5 : Gadget Pintar Tanpa Fungsi Telefon

Ramai yang suka mp3 player canggih tapi benci nak pakai iPhone touch, macam aku (ada sesetengah orang yang kurang minat gadget dari Apple). Mujurlah Samsung ada mendengar keluhan dari kebanyakan orang dan mengeluarkan 2 jenis pemain mp3 dengan sistem operasi Android OS. 2 gadget ini akan menjawab segala persoalan semua orang yang mahukan alternatif selain iPod Touch yang dah lama berada di pasaran.



Samsung Galaxy Player 4 dan 5 adalah pemain mp3 berskrin besar. Nama kedua-dua gadget memberi klu yang jelas bahawa saiz paparan adalah 4 dan 5 inci, mungkin direka untuk citarasa masing-masing. Kedua-dua alat ini mempunyai sistem operasi yang sama (Android OS Gingerbread, 2.3.5), memori terbina dalam 8GB (boleh dipertingkatkan ke 32GB menggunakan kad MicroSD) dan paparan beresolusi 800x480. Kuasa CPU masih tidak disahkan walaupun ada yang berkata bahawa CPU alat ini berkelajuan 1GHz. Cukuplah tu.



Yang membezakan kedua-dua pemain mp3 ini adalah kapasiti bateri. Samsung Galaxy Player 4 mempunyai bateri berkapasiti 1,200 mAh manakala model 5 inci mempunyai bateri yang lebih besar, 2,500 mAh. Berat model 4 inci juga lebih ringan iaitu 120gram (model 5 inci mempunyai berat 180gram)

Macam biasalah, kualiti alat Samsung tidaklah sebaik Apple iPod Touch kerana kedua-dua model ini diperbuat daripada plastik. Antara aplikasi Samsung yang terbina dalam adalah Media, Music, Social dan Reader (kesemua ini dipanggil Hub).

Setakat ini, kedua-dua alat ini masih belum berada di pasaran. Harga pun belum disahkan lagi.

Sumber : Gizmodo

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Copyright © PR0$aCKSBLoG$ MiNH Solution