setting

PR0$aCKSBLoG$: Memasang Google Adsens Di Dalam Post

Memasang Google Adsens Di Dalam Post

Bahasa | English
Setelah sekian lama tidak post berkaitan dengan triks & tips, kali ini aku nak berkongsi dengan korang cara untuk memasang Google Adsense di dalam post.


Google Adsense merupakan salah satu Adsense yang paling popular dan paling sukar untuk diperoleh. Jika anda perolehinya, anda merupakan antara yang beruntung. Kerana ianya dapat sedikit sebanyak mengisi poket anda jika anda pandai mengadaptasikannya. Aku akui aku masih baru dalam Google Adsense ini, dan aku banyak terlepas peluang untuk memperoleh keuntungan melalui Google Adsense akibat kekurangan pengetahuan.


So, memandangkan baru-baru ini, aku telah dapat sedikit sebanyak ilmu tentang cara penggunaannya, aku berkongsi lah sedikit sebanyak cara untuk meletakkannya yang telah aku pelajari. Tak salah untuk berkongsi, kan??Lagipun rasul kita ada berpesan, "Sampaikanlah pengetahuan yang kamu ada walau sedikit". Taktik ini juga mungkin antara yang sering dikelolakan oleh golongan-golongan kita yang membuat bisnes secara online. Bezanya adalah mereka memberitahunya setelah kita membayarnya dengan beberapa ringgit. Apa salahnya berkongsikannya secara terbuka seperti negara-negara yang sedang membangun yang lain.


Nampaknya kali ini, banyak betul aku berleter. Ok, kita teruskan kepada Cara memasang Google Adsense. Seperti biasa, log in kepada Google Adsense dan sediakan code adsense yang ingin diletakkan di dalam post.
Copy adsense code yang telah disediakan dan pastekan adsense code ke alamat berikut http://www.blogcrowds.com/resources/parse_html.php. Ini bertujuan untuk menghasilkan code yang bersesuaian dengan blogger html code.


Cara-caranya adalah:-
  1. Login ke blogger
  2. Klik layouts pada menu dashboard
  3. Klik Edit HTML
  4. Back up dahulu template untuk mengelakkan template rosak jika mengalami sebarang kesalahan
  5. Klik pada Expand Widget Template.
  6. Klik Ctrl+F untuk cari kode di ini; <div class=’post-body entry-content’ > ataupun code ini;  <div class=’post-header-line-1′>
  7. Letakkan kode Iklan yang sudah di parse tadi tepat di bawah kode tersebut.
  8. Save template tersebut dan lihat hasilnya.
Mudah kan???Korang boleh cubalah dan lihat hasilnya. Jika ada mereka yang mengetahui cara yang lebih mudah, silakan lah berkongsi.

Itu sahaja post untuk kali ini, sekian, trimasss....^_^

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Copyright © PR0$aCKSBLoG$ MiNH Solution