setting

PR0$aCKSBLoG$: Memahami Seorang Lelaki

Memahami Seorang Lelaki

Memahami Seorang Lelaki

Terdapat banyak perkara yang selalu bermain dalam fikiran spesis yang bergelar manusia...especially golongan muda(termasuk r y berjiwa muda kot.huhu^_^) dimana mereka ingin mengenali dan mencuba sesuatu yang baru serta berbagai lagi benda baru termasuk r mengenali golongan yang berlainan jantina. Pabila usia dah menjangkau kematangan, perasaan ingin berteman selalu bermain di pikiran golongan muda(termasuk r aku sendiri..isk=.=') dan kadang-kadang banyak perkara yang tak disangkal berlaku membuatkan kite berasa serba salah, sedih, kecewa, dan perit atas setiap apa yang berlaku. Kali ini aku terjumpa beberapa artikel mengenai lelaki...yang aku rasa agak menarik untuk dikongsi....terima kasih kepada Haniey yang banyak memberi idea dalam berkongsi benda ni...ape lagi...kite sama2 layanzz....
________________________________________________________________________________


SCeNaRio
Bayangkan senario ini. Pada satu hujung minggu yang indah, Jasmin dan Daniel bercadang untuk menonton wayang di pawagam berhampiran dengan kediaman mereka.

Pasangan kekasih yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja itu hanya berpeluang bersama ketika hujung minggu sambil pergi menonton wayang, berekreasi ataupun menikmati makanan di restoran kegemaran.

Seperti biasa, semasa menunggu giliran membeli tiket tiba-tiba mereka terserempak dengan Nadia, rakan pejabat Jasmin yang juga merupakan seorang model sambilan. Perwatakan cantik dan anggun Nadia itu tanpa disedari menarik perhatian Daniel.

“Kenapa asyik pandang Nadia? Awak rasa dia cantik?,” persoal Jasmin.

“Saya rasa kawan awak itu cantik,” jawab Daniel dengan ikhlas tanpa berselindung apa-apa. Namun, kata-kata Daniel itu mula mengundang masalah dalam perhubungan antara pasangan itu sebab Jasmin berasa kekasih mula tertarik dengan wanita lain.

Situasi seumpama itu hakikatnya sering berlaku dalam mana-mana perhubungan pasangan kekasih ataupun suami isteri.

Mungkin anda juga pernah mengalaminya. Dalam situasi tersebut, luahan ikhlas Daniel kepada Jasmin sebenarnya untuk memudahkan kefahaman bukan merumitkan lagi perhubungan.

Menurut Kaunselor Perhubungan di Universiti Missouri, Columbia, Amerika Syarikat, Glenn Good, lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan adakalanya lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir daripada kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan.

Kadangkala majoriti wanita berfikir lelaki yang berbohong tentang diri sendiri akan berbohong mengenai semua perkara lain. Maka, perasaan curiga akan menyelubungi jiwa sehingga memusnahkan perhubungan yang baik.

Sebenarnya memahami golongan lelaki bukan susah seperti yang disangka. Bagi kaum wanita yang bimbang dan menghadapi masalah dengan perkara itu Pesona memberi tip untuk anda memudahkan perjalanan cinta anda.


FaCT
Suka membisu
Golongan wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan sedih sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki pula lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Apabila lelaki membisu bukanlah bermakna dia tidak langsung memikirkan hal tersebut, sebaliknya dia enggan memanjangkan atau mengeruhkan sesuatu situasi buruk. Jadi, wanita usah bimbang atau bersangka buruk bahawa pasangan anda tidak langsung mempedulikan anda.

Cukup sekadar meluahkan apa yang tersirat di hati tanpa perlu membebel panjang. Lelaki biasanya akan faham dan selesa dengan situasi itu walaubagaimanapun lelaki te



Lelaki tidak kompleks
Apabila seseorang lelaki menunjukkan tanda bahawa dia menyukai wanita yang pandai menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan dan menghabiskan waktu intim bersama, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut inginkan.

Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif tetapi kebanyakan lelaki bersifat sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks dan sukar difahami sedangkan sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah sahaja.

Jangan paksa lelaki
Apabila seseorang wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jika tidak bertanya dan menyelidik perasaannya secara mendalam. Lebih baik bagi seseorang wanita itu membaca bahasa badan lelaki, lirik matanya atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Begitu juga sebaliknya, jika lelaki ingin wanita itu mendedahkan perasaannya, ini bermaksud terdapat sesuatu kekaburan yang ingin di selesaikannye sendiri. Die juga tidak ingin memaksa perasaan yang tak pasti hadir dalam sesuatu perhubungan sepertimana wanita.

Pentingkan kejujuran
Sama seperti wanita, golongan lelaki juga mementingkan kejujuran. Jika lelaki mengetahui kekasih atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara telus mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Jika berlaku ketidakjujuran dalam sesuatu yang dilaksanakan lelaki. Pasti ada sesuatu yang berlaku disebalik kejadian yang mungkin wanita tidak faham.

Kejujuran memang penting bagi lelaki sepertimana wanita. Seorang suami ingin isterinya menyimpan rahsia rumah tangga mereka daripada pengetahuan umum.

Hidup lelaki lebih mudah
Cara hidup lelaki lebih mudah berbanding wanita. Oleh sebab itu, lelaki sukar untuk memahami apabila sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk bahasa kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki memahaminya, sedangkan mereka lebih suka jika perkara itu disampaikan dalam bahasa yang mudah dan berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, lebih baik berbual secara terbuka kepada lelaki.

Lelaki juga inginkan sokongan
Sepertimana wanita, apabila lelaki menghadapi masalah dan mengadu kepada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawasanya die masih lagi diperlukan dan wanita itu sentiasa ada untuk menemani. Lelaki juga inginkan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang .....".

Konklusion
Secara konklusinya..pada dasarnya sifat lelaki dan perempuan adalah sama. Yang berbeza adalah sedikit shj..yakni luaran dan yang memmbezakan adalah fitrahnnya lelaki itu dan perempuan itu. lelaki itu ada kelembutannya disebalik kekerasannya begitu juga wanita, memiliki kekerasan dalam kelembutannya.

4 ulasan :

  1. mm..tapi rasanya wanita lebih kompleks utk difahami..

    BalasPadam
  2. lelaki n wanita sama2 memerlukan so, sma2 la memahami antra satu sma lain..

    BalasPadam
  3. memang pun...perempuan lebih kompleks utk difahami..lelaki simple je...kn???

    post ni menerangkan bahawa lelaki tidak kompleks utk difahami seperti mana y wanita sangkakan bukan menerangkan bahawa lelaki komples utk difahami

    BalasPadam
  4. kompleks atau x kompleks itu semua x penting..yg penting HATI..

    BalasPadam

Copyright © PR0$aCKSBLoG$ MiNH Solution