setting

PR0$aCKSBLoG$: aPa iTu SaMaK??aPa iTu SeRTu???

aPa iTu SaMaK??aPa iTu SeRTu???

aPa iTu SaMaK??aPa iTu SeRTu???


Hari ini sambil menunggu waktu subuh...tertengok la pulak video mengenai buaya yang memakan seorang budak di dalam facebook seorang teman....kebetulan selepas mayat budak itu dikeluarkan....orang kampung bergotong royong untuk membuang kulit buaya tu...entah..mungkin utk dijual...kn???......Pada masa tu tersebut istilah 'samak' semasa duk cuci mata dgn video sambil chat dengan teman tersebut dan mula terkeluar suatu persoalan darinye yang agak keliru dengan istilah yang digunakan oleh empunya badan untuk menyucikan kulit binatang tersebut...Katanye samak merupakan cara untuk membersihkan dari pada terkena atau tersentuh binatang yang haram..agak terkejut apabila benda ini ditimbulkan...kerana empunya badan agak pastu...sepanjang y dipelajari...samak dari segi istilah adalah menyucikan sesuatu bhg. drp binatang untuk diguna menggunakan benda tajam(klw zaman sekarang lebeyh kurang sabun r)....tapi apabila di search..terdapat juga istilah samak digunakan utk menyucikan daripada binatang y haram....cari punye cari..terjumpa satu petikan ayat dari satu blog yang berbunyi...

"

samak yg di maksudkan diatas ialah sertu. istilah samak dugunakan kerana masyarakat kita paham yg samak ni cuci najis mughallazah yg mggunakn air tanah n air mutlak tu. kalau tulis sertu takut nanti ada yang tak paham..."

Petikan ayat di atas membuatkan empunya badan ni berfikir...mungkin betul kot apa y di katakan oleh sahabat td memandangkan empunya badan belajar semua ilmu ini daripada kitab lama dan sekolah aliran arab yang berkiblatkan bahasa arab sebagai istilah utama dalam pembelajaran agama.....So, ambik keputusan untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang benda ini agar tiada yang tersilap paham nanti...Mungkin benda ni bukanlah isu y penting buat masa sekarang memandangkan sekarang bukanla musim raya qurban tapi raya fitrah....Kalau ada silap dan salah...diharap ada yang menegur...almaklum la...diri ini juga merupakan seorang yang belajar....Wallohu a'lam....


kredit kepada cik wawa atas isu yang diungkitkan

yang secara tak langsung membangkitkan suatu isu yang agak berguna utk dikongsi..^_^

_____________________________________________


SAMAK

1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim)

SERTU

1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.

2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlaksebanyak enam kali dan satu kali dengan air tanah

3. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.


MEMBERSIH KULIT BINATANG SEBELUM DIMANFAATKAN

Penggunaan barang-barang yang diperbuat daripada kulit binatang, lebih-lebih lagi binatang yang terkawal, dianggap oleh setengah orang sebagai barang-barang berjenama, walaupun ia sebenarnya bertentangan dengan undang-undang dan pencinta alam. Penggunaan barang-barang daripada kulit binatang itu telah pun wujud lama sebelum zaman Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri pernah minum air dalam geriba (tempat menyimpan air daripada kulit binatang). Namun demikian adakah semua kulit binatang boleh dijadikan barang-barang pakaian, perhiasan dan sebagainya?

Agama Islam sebagai agama yang syumul mempunyai pandangan tersendiri dalam perkara ini. Para ulama telah mengutarakan dan membincangkannya di dalam kitab-kitab fiqh secara mendalam dengan berpandukan kepada dalil-dalil syarak sebagai sandaran. Menyedari akan hal ini, tidak syak lagi ia merupakan di antara perkara yang penting untuk diketahui oleh setiap orang. IRSYAD HUKUM kali ini akan menjelaskan beberapa pekara yang berhubungkait dengan kulit binatang, antaranya kulit binatang apa yang dibenarkan oleh Islam, bagaimana cara menyamak dan isu-isu yang berhubungkait dengan nya serta hukum penggunannya.

BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN

Kesemua anggota binatang yang tidak halal dimakan seperti buaya, singa, kucing, monyet dan sebagainya, jika terpisah anggota binatang tersebut daripada badannya sama ada ketika binatang itu masih hidup ataupun sudah mati adalah bangkai. Ini termasuk juga kulit binatang tersebut. Walaubagaimanapun menurut hukum syarak kulit-kulit seperti ini akan menjadi suci jika ia disamak dan boleh dimanfaatkan melainkan kulit anjing dan babi.

BINATANG YANG HALAL DIMAKAN

Kesemua anggota binatang yang halal dimakan seperti unta, lembu, ayam dan sebagainya, jika terpisah anggota tersebut daripada badannya sama ada ketika binatang itu masih hidup atau mati bukan kerana disembelih, adalah bangkai melainkan bulu binatang itu. Maka kulit binatang tersebut juga adalah najis. Namun jika ia disamak, kulit itu menjadi suci dan boleh dimanfaatkan.

Sementara kulit binatang yang halal dimakan jika terpisah daripada badan binatang itu setelah disembelih adalah suci dan boleh dimanfaatkan tanpa perlu menyamaknya lagi. Ini kerana ia suci selepas matinya disebabkan sembelihan (Fath al-‘Allam) Kitab ath-Thaharah, Tathhir al-Julud Bi ad-Dabigh: 1/85).

HUKUM DAN DALIL-DALIL MENGHARUSKAN SAMAK

Perbuatan menyamak itu merupakan suatu jenis kerja yang dilakukan bagi faedah dan kepetingan manusia. Banyak faedah dan manfaat yang dapat dinikmati dan digunakan oleh manusia daripada kulit-kulit yang telah dibersihkan dengan cara menyamaknya. Maka syariat Islam memandangnya sebagai suatu kerja atau usaha yang diharuskan.

Terdapat beberapa jumlah dalil syarie yang memperuntukkan berkenaan kulit bangkai boleh menjadi suci setelah disamak, diantaranya :

1)Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radiallahuanhuma beliau berkata yang maksudnya:

Hamba sahaya milik Maimunah diberi sedekah seekor kambing, lalu kambing itu mati. Tidak berapa lama Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam berjalan melintasi bangkai kambing itu mati. Baginda bersabda:

“Mengapa tidak kamu ambil kulitnya, kemudian kamu samak supaya kamu dapat memanfaatkannya.”Mereka berkata: “Ia sudah menjadi bangkai.” Baginda bersabda: “Yang haram itu hanyalah memakannya.” (Hadis riwayat Muslim).

2) Di dalam riwayat yang lain daripada salamah bin Al Muhabbaq yang maksudnya :

Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika peperangan Tabuk berkunjung ke sebuah rumah. Tiba-tiba Baginda mendapati sebuah geriba (tempat menyimpan air daripada kulit binatang)bergantung, lalu Baginda bertanya meminta air. Mereka berkata : Wahai Rasulullah, geriba itu bangkai. Baginda bersabda: “Penyamakannya mensucikannya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan An Nasa’i).

Berpandukan kepada kedua-dua dalil di atas jelas bahawa kulit bangkai di mana pada asalnya dihukumkan sebagai najis boleh menjadi suci dan boleh dimanfaatkan jika ianyaa disamak.

CARA MEMBERSIHKAN KULIT BINATANG

Cara membersihkan kulit binatang yang najis ataupun bangkai selain kulit anjing dan babi adalah dengan menyamaknya, iaitu menhilangkan segala lendir dan kelembapan yang melekat pada kulit di mana jika dibiarkan akan merosakkan kulit tersebut.

Bahan yang digunakan ialah sesuatu yang kesat/kasar di lidah jika terkena lidah seperti daun akasia (qarazh), manjakani (afsh), kulit delima (qusyur ar-rumman), tawas (asy-Syabb) dan seumpamanya.

Tidak semestinya bahan yang digunakan itu terdiri daripada benda-benda yang suci, malahan tidak menjadi halangan menurut hukum syarak jika bahan yang digunakan untuk menyamak itu terdiri daripada benda yang najis seperti tahi burung merpati.. Apa yang penting, bahan yang digunakan itu dapat mengeringkan kelembapan kulit, menghilangkan kotoran dan baunya yang busuk.

Tidak sah menyamak dengan hanya menjemur kulit binatang itu di bawah panas terik cahaya matahari, melumurnya dengan tanah, membekukan dan memasingkannya, kerana cara-cara tersebut tidak mampu membuang segala kotoran yang ada pada kulit, sekalipun kulit itu kering dan harum baunya. Tanda yang menunjukkan bahawa kotoran itu tidak hilang ialah jika kulit itu direndam atau terjatuh ke dalam air, pasti bau busuk akan kembali semula.

Semua kotoran dan najis yang ada pada kulit mestilah dihilangkan. Sesuatu yang ada di atas kulit bangkai seperti bulu tidak akan menjadi suci sekalipun ia disamak. Oleh itu, bulu tersebut hendaklah dicabut atau dihilangkan daripada kulit tersebut. Walau bagaimanapun jika bulu itu ada tertinggal sedikit dan susah hendak menghilangkan keseluruhannya maka ia adalah dimaafkan. (Fiqh Dan Perundangan Islam, Kitab ath-Thaharah, Samak : 1/86-88).

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Copyright © PR0$aCKSBLoG$ MiNH Solution