setting

PR0$aCKSBLoG$: SEPINTAS LALU TENTANG IBNU ISHAQ : PEROSAK SEJARAH AWAL ISLAM

SEPINTAS LALU TENTANG IBNU ISHAQ : PEROSAK SEJARAH AWAL ISLAM

Namanya Muhamad bin Ishaq . Hidup sezaman dengan Imam
Malik dan pernah berjumpa dengan Anas bin Malik dan
Said ibnu Musayyab.



Beliau tidak rasminya diangkat sebagai 'bapa sirah'
dan cerita-cerita sirah yang bersumber dari beliau
banyak bertebaran dalam kitab-kitab sirah kemudiannya
. Malah dalam sukatan pelajaran Universiti Al-Azhar
terdapat cerita-cerita yang bersumber dari beliau.



Salah seorang anak muridnya Ibnu Hisham telah mengutip
secara bebas ( ataupun dengan tapisan yang ringan)
cerita-cerita dari Ibnu Ishaq dan memuatkannya di
dalam kitabnya yang termasyhur Sirah Ibnu Hisham,
sebuah kitab rujukan sirah yang utama masakini.



Ibnu Ishaq ialah seorang penganut Syiah . Anutannya
telah mempengaruhi cara beliau berfikir dan telah
banyak diabadikan di dalam kitab-kitab yang beliau
nukilkan atau dalam siri pengajiannya.



Banyak cerita-cerita ganjil berkenaan kehidupan dan
suasana awal Islam yang bersumber hanya dari beliau
seorang. Cerita-cerita ini banyak untuk menyokong
fahaman syiahnya iaitu samada mengangkat Saidina Ali
ra atau keluarganya, mengurangkan sumbangan atau
memburuk-burukkan sahabat yang lain terutama Saidina
Muawiyah serta sahabat-sahabat utama seperti Abu Bakar
, Umar ra



Di antara cerita yang diriwayatkan oleh beliau yang
dipertikaikan oleh Ulamak ialah:



a) Kisah Hindun ra , ibu kepada saidina Muawiyah,
yang dikatakan memakan jantung Saidinia Hamzah. Cerita
ini tidak pernah diceritakn oleh orang lain malah
dalam Shahih Bukari , Wahsyi ra yang membunuh Saidina
Hamzah tidak pernah menyebut tentang kisah ini. Motif
utama ialah mencacatkan Hindun, ibu kepada Muawiyah ,
musuh utama golongan Syiah.



b) Kekarutan dalam cerita-cerita tentang Muawiyah ra
dengan menggambarkan beliau sebagai seorang pemutar
belit dan suka mengambil kesempatan. Motifnya ialah
untuk mencederakan peribadi sahabat besar ini kerana
dengan tercederanya beliau bermakna Quran yang ada
hari ini berkemungkinan tercedera juga, kerana beliau
adalah salah seorang jurutulis wahyu nabi.



c) Cerita hijrah nabi saw dari rumah beliau saw pada
waktu malam dengan Saidina Ali menggantikan tempat
tidur baginda saw. Pada mata kasarnya ianya
menunjukkan keberanian, kepatuhan dan pengorbanan
Saidina Ali. Tetapi dalam kitab hadis paling sahih,
Sahih Bukhari , mengatakan nabi saw berhijrah dari
rumah Saidina Abu Bakar di waktu siang hari . Dalam
Sahih Bukhari dinyatakan dengan jelas peranan
keluarga Abu Bakar seperti Abd Rahman, Asma' dan
lain-dain dalam peristiwa hijrah ini. Tidak lain
cerita yang dibawa oleh Ibnu Ishak ialah untuk menutup
sumbangan dan pengorbanan besar Abu Bakar ra
sekeluarga sesuai dengan akidah Syiah yang
mengkafirkan sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar,
Umar, Usman, Aisyah dan seterusnya.



d) Kisah Isra' nabi dari rumah Ummu hani' . Ummu Hani
ialah kakak kepada Saidina Ali dan masa ini masih lagi
belum Islam . Secara sepintas lalu dapat diperhatikan
Ibnu Ishak cuba mengaitkan setiap peristiwa besar
dengan Saidina Ali sekeluarga. Tetapi dalam kes ini
beliau sebenarnya cuba mencederakan maruah Rasullullah
saw sendiri . Kalau cerita ini benar, kita akan
mengatakan bahawa nabi saw bersunyi-sunyi ( atau
tidur) di rumah isteri orang tanpa kehadiran suaminya.
Alangkah dahsyatnya fitnah yang ingin dilemparkan oleh
Ibnu Ishaq terhadap nabi saw.



e) Kisah mempersaudarakan Ali ra dengan nabi saw.
Suatu kisah yang tidak masuk akal bila dipandang dari
tujuan 'mempersaudarakan' itu sendiri, kerana
sememangnya Ali adalah saudara kepada nabi saw dan
beliau ra adalah sama-sama dari Mekah. Tidak lain ini
adalah untuk menaikkan martabat Ali ra dari yang
sepatutnya untuk merasionalkan hujjah bahawa beliaulah
yang sepatutnya dilantik menjadi khalifah selepas
wafatnya nabi saw.



Banyak lagi kisah aneh yang dikeluarkan oleh beliau
seorang. Maka tidak menghairankan bila ulamak besar
mengatakan :



''…..salah seorang dajjal " , " Kami telah menghalau
Ibnu Ishaq keluar dari Madinah" - Imam Malik



"Dia meriwayatkan hadith-hadith karut dari orang-orang
majhul ( orang yang tidak diketahui latarbelakangnya)
" - Ali Ibnu Al-Madini



" Muhammad bin Ishaq adalah di antara perawi-perawi
yang tidak menepati syarat-syarat hadith sahih" -
Imam Nawawi



"Aku bersaksi bahawa Muhammad bin Ishaq adalah
pendusta besar " - Yahya bin Said al-Qatthan







Mereka yang men'ta'dil' kannya bersikap demikian
kerana tidak mengetahui dengan jelas kedudukan sebenar
beliau samada kerana tidak hidup sezaman dengannya
atau tidak dapat mengesan sifat sebenar disebabkan
oleh sikap "Taqiyah" yang diamalkan sesuai dengan
kehendak ajaran Syiah yang dianutinya.



Catatan sejarah perlu diperbetulkan kerana ini akan
menjaga keutuhan agama Islam ini sendiri. Kita tidak
akan berpuashati menganut agama Islam sekiranya
nabinya besekedudukan dengan isteri orang,
sahabat-sahabat utama yang meneruskan syiar ini
berperangai tidak senonoh malah menjadi kafir selepas
peninggalan nabi saw, jurutulis wahyu di mana Quran
yang kita pegang hari ini merupakan orang yang tidak
boleh dipercayai dan sentiasa mencari peluang untuk
habuan dunia malah beliau datang dari keluarga yang
tidak bertamaddun.



Sikap yang perlu diambil ialah kita wajib menolak
seorang yang bernama Muhammad bin Ishaq secara total
untuk menyelamatkan Islam yang kita cintai ini secara
total. Wallahua'lam


P/S
Sirah ibnu ishaq memang dianggap menyeleweng.Tetapi
ramai di kalangan ahli sunnah sendiri tidak menyedari
bahawa Sirah Ibnu Hisyam yang menjadi sumber rujukan
mereka juga masih banyak diambil daripada Sirah Ibnu
Ishaq sendiri.Banyak contoh sejarah yang
diputarbelitkan seperti kisah Tsalabah,umur Khadijah
semasa kahwin dengan Rasul,Hindun dengan mayat
Hamzah,hijrah Rasul dan lain-lain lagi.Moga kita semua
lebih peka dengan aktiviti Syiah yang sesat lagi
menyesatkan ini..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Copyright © PR0$aCKSBLoG$ MiNH Solution