setting

PR0$aCKSBLoG$: AWAS PERANGKAP- ANAK2 ISLAM- terutama muslimah

AWAS PERANGKAP- ANAK2 ISLAM- terutama muslimah



Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan
mengikuti satu sessi "Ceramah Keibubapaan" di sekolah menengah agama berasrama penuh dimana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif
dalam pergerakkan NGO Islam.

Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang
disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat
diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan
Persekutuan"

PERANCANGAN
Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang
lain,pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian
telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan "Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama
Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat
membimbangkan kami yang hadir semua.
Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT
Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuh an kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah,sasaran
utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang
berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja.
Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, sama ada melalui hubungan kerja,hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga.

Kemudian,mereka akan berlakun seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini.
Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?",

"Didalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak".
"Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi"
Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila sijejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP
Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran
mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur,ikhlas,
bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan,
minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata,
sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan"
pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa.
Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada
perasaan cinta, sijejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk
memulakan
"langkah sebenarnya" yang pertama.
Apabila sigadis didapatinya mula terleka,mereka akan digambarkan
seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis
TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.


DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau
seterusnya.
Sebab bagi sejejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena
apabila sigadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, sijejaka akan
menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Sejejaka kononnya akan
bertanggungjawap diatas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita
melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita
berlainan agama"

Seterusnya kata sijejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya
sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua
perkara.
Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai
balasan dosa.
Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana
mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama.
Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan
agama.
Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya"

Kata sijejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya
perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa.
Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan
dihadapan paderi digereja untuk menghapuskan segala dosa.
Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib
dengan Jesus (Nabi Isa)yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan
menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam)yang melahirkan Nabi Isa.
Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat
kita"

Untuk makluman semua,mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka
memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak
gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar
bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD
Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang
lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua
walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa
disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan
permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel
11
Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya
mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan
Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1
juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah
sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan
alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk
menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan
demi alasan diterima.... .....hinggalah satu masa nanti saudara mara
terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu
mangsa.

Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu
(23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah
semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata.
Maka,
marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala
ini tidak terus melanda agama dan negara.


DOA
"Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita
bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari
menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di
Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.
Amin......Ya Rabbil A'lamin.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Copyright © PR0$aCKSBLoG$ MiNH Solution